Aku nak menulis
Entahlah.
Aku macam nak cabai je mulut lahanat tu.
Berfikir guna kepala lutut.
Sibuk mengkritik orang lain.
Diri sendiri?
Aku bukan nak tuding jari.
Kadang-kadang aku pon lalai.
Terjadi juga situasi macam ni kat aku.
Tapi,
pandai-pandai la letak cermin depan diri sendiri.
Bila ditegur, melatah.
Bila menegur, dialah juara.
Memanglah takde yang sempurna baru boleh menegur,
tapi faham tak keadaan dia sekarang.
Somehow, kecewa dengan orang macam ni.
Kecewa.
Sakit hati.
Sedih.
Kalau perasaan geram disimpan lama-lama dalam hati.
Mencari tempat nak mengadu, malangnya tiada.
Kau tau,
perasaan geram tu lama-lama boleh jadi dendam.
Menghasilkan titik-titik hitam kat hati.
Kau tau,
titik-titik hitam lama-lama boleh merebak.
Makin banyak dosa.
Kau tau kan apa itu karma?
Dahla.
Kita sama-sama dah besar.
Sama-sama dah boleh fikir baik buruk.
Aku doakan kau.
Kau doakan aku.
Dan aku harap dendam tu boleh hilang 😌
*in Negeri 9, cili is cabai
Aku memang pen-kejam
sorry to say.
tapi dalam bab cinta bagai ni,
aku memang bijak.
bijak bagi nasihat.
tapi aku paling tak boleh nak involve dalam benda ni.
pada aku.
aku belum matang.
so i must perform in my study first.
ini belajar tunggang langgang.
sibuk nak bercinta.
*facepalm*
untuk kau.
aku paham perasaan kau.
tak payah nak kalis depan aku.
tapi, maaflah ye.
aku tak suka.
tak minat.
konklusinya;
aku memang pen-kejam.
kejam dalam bab ni.
dah.
pergi belajar.
bahagiakan hati mak bapak dulu.
baru bahagiakan hati aku.
-ayat bajet-
Aku bukan batak jawatan
Sumpah aku sebenarnya tak nak jadi ketua.
Sebab aku tau.
Jadi ketua tu penat.
Penat yang memenatkan.
Sangat penat.
Tapi, itu amanah.
Whatever it is, aku hambik aje lah.
Engkau.
Orang lain dah tegur kan.
Tegur yang lembut.
Sikit pon tak touch kan.
Kenapa melenting bila ditegur?
Nampak sangat takutnya.
Dengar. Patuh. Tu pon dah cukup.
Dan.
Kalau kau still tak suka aku.
Still tak boleh adapt dengan situation sekarang.
Still tak boleh terima teguran yang membina.
Kau boleh.
Pergi mampos 😒
Hari Jubah (bukan parodi Mat Luthfi)
Ini bukan nak parodi video Hari Jubah by Mat Luthfi.
Cuma aku nak jugak bercerita,
haritu aku dapat pakai jubah yang macam tu jugak.
Yaa jubah 20 hengget untuk 3 jam.
Phewww.
Sempena apa jubah tu?
Bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang 9a dan 8a
time pmr tahun lepas.
Dan aku antara pelajr cemerlang tersebut.
Yee sila tepuk bersama-sama.
-____-
Rezeki kitorang, ada Dato' Noah Gadut.
YDP PIBG pertama sekolah aku.
Menjadi kebiasaan, diberi penghormatan dengan memberi dia ruang berucap.
Sekali dia dah berdiri kat rostrum,
dia bagi salam;
"Assss.... salaaaa.....mu a lai kum"
Sejibik macam Dumbledore wa cakap sama lu.
Terasa macam aku antara pemandu penyapu kat sekolah Harry Potter.
Time Dato' berucap, aku panas bontot.
Sebab cari mata dia tak jumpa.
'__'
*gua tau gua comel. mohon ada baldi kat sebelah untuk muntah*
Jadi, time dalam dewan aku duduk dekat dengan budak nasyid.
Dekat.
Sampai mata aku pon tak berkelip tengok diorang nyanyi.
Bukan diorang semua.
Yang satu orang tu je.
Ish teruk betul perangai.
Jangan kau orang ikut taw!
Tu je cerita hari jubah aku.
Aku takde buat video macam Mat Luthfi.
Nah. Hadiah yang mendoakan kejayaan aku.
Mekaseh banyak-banyak :D
*dan sampai sekarang aku dok usha budak nasyid tu*
Geli
I'm never going down
I'm never giving up
I'm never gonna leave
So put your hands up
If you like me
Then say you like me
Yeahh i heart you some much
Lol itu dusta.
Aku tak pernah jujur dalam meluah perasaan.
Nampak macam kurang ajar.
Tapi memang pon.
Iye lah.
Aku tengok bebudak sekolah,
ber'lap u lap me'
'Hubs wifey'
Siap ada yang guna istilah 'bakal zauj/zaujah'
Ciss. Belajar belum habis.
Macam dah kompem sangat itu peneman setia hidup kau.
Konsep dia macam ni;
Syurga yang di bawah telapak kaki pon tak terjaga hatinya,
hang sibuk pi cari pemilik tulang rusuk kiri pasaipa?
Ok dah.
Misi aku esok.
Nak cari boipreng baru.
Erk.
Tahniah untuk semua!
Hari kasik official tahniah kat semua orang.
Tahniah untuk jua yang dapat Samura.
Tahniah untuk zaty yang dapat Tijb.
Tahniah untuk wawan yang dapat Vokay Bp.
Juga,
Tahniah untuk Farez,
Tahniah untuk Luna,
Especially,
Tahniah untuk Mon,
Yang baru 12 hari sekolah,
dah jadi hangmen.
Apa - apa pon,
Tahniah semua!
Current mood; jalousie.
Bukan jealous sebab tak dapat jadi hangwoman or tawaran sekolah lain,
(sebab aku tak apply pon)
Cuma jealous sebab bakal F6 je yang dapat rasa bangunan baru.
Sobssssssssssssss
Nak tuding jari kat siapa?
Aku bukan budak baik.
Juga bukan yang menjaga aurat dengan sempurna.
Bukan nak jaja aib sendiri.
Cuma aku rasa kalau nak tunggu aku ni sempurna akhlaknya,
sampai ke sudah aku takkan berkongsi benda ni.
Aku berkongsi bukan nak membongkak.
Diri aku ni pon ntah hape hape.
Cuma perkongsian ini wajar untuk aku dan kau teladani.
Mungkin boleh mengetuk pintu hati aku sikit,
yang mati tu makin menghampiri.
Baca dan fahami.
Somehow aku cemburu tengok orang yang join usrah.
Bertudung labuh, berstoking, ber-handsocks bagai.
Menipu kalau aku tak teringin benda tu semua permanent kat aku.
Aku cuba mengejar Makcik Hidayah yang aku hiraukan haritu.
Yang itu aku rasa berdosa.
Jadi ceritanya bermula, bila ada budak kat sekolah yang join usrah.
Typical yang menutup aurat dengan sempurna. MashaAllah.
Comel an? Sedap mata memandang.
Tapi bila bersuara. Pheww.
Aku rasa macam nak kasik tapak saiz 9.5
Even bukan saiz aku.
Setiap butir bicara yang keluar dari mulut dia,
umph menusuk bagai sembilu.
Semua yang menyakitkan hati.
Tapi pasal butir bicara tu aku tak kisah sangat.
Sebab aku tak berapa nak kamceng,
dan memang tak hadap nak kamceng dengan dia.
Tapi, aku start cop dia hipokrit bila aku dapat tau dia couple.
So, semua macam maklum couple tu haram.
Takkanlah budak yang join usrah jumud tentang perkara tu.
Takkanlah kakak usrah takde yang mengingatkan.
Tak cukup couple, siap cuci mata kat sekolah.
Auwh so sweet. Sweet gila. Manis bagai gula yang bersemut.
Kenapa couple itu haram?
Memanglah kau cakap,'alah couple je, bukan pegang2'
Tapi dari couple ni lah banyak kemaksiatan yang berlaku.
Dari mata turun ke hati. Menggetarkan jiwa. Haaaa bahaya tu.
Aku bukan nak bajet islumik, cuma menyampaikan apa yang aku tau.
Nampak simple, tapi payah sebenarnya.
Buktinya, anak2 terbuang zaman kini.
Kemenjadian anak melayu islam di lorong gelap,
lebih berjaya dari kaum lain.
Dia macam ni.
Aku bukan takut nak berubah.
Jiwa remaja. Muda. Masih mentah.
Jiwa paling senang dinodai syaiton.
Sebab dah banyak cerita macam ni yang aku nampak depan mata.
Bertudung labuh, berstoking, berhandsocks.
Bio 'hamba Allah'.
Tapi realitinya, 24/7 menghambakan diri dekat boipreng.
Tak ke itu hipokrit.
Lagi sadis bila tengok yang join usrah pon 2x5.
Ilmu yang diorang dapat, diorang kongsi.
Syukur Alhamdulillah.
Tapi kenapa tak diaplikasi dalam diri sendiri?
Nak tuding jari dekat kakak yang mentarbiyyah,
atau diri yang tak boleh terima tarbiyyah?
Perubahan tu jihad.
Jangan ingat orang yang pakai hot pants pada hari ini,
kekal ber-hot pants sepanjang zaman.
Jangan ingat engkau yang bertudung labuh pada hari ini,
kekal bertudung labuh sepanjang zaman.
Insan yang mempunyai iman yang mantop serta jayyid jiddan pon boleh tersungkur,
apatah lagi aku. Ini kalilah malam muhasabah diri.
Kelas baaaaruu
Farez dengan Haikal takde, macam tak rasa sangat.
Tapi, bila Mon pon takde,
Sobsss sunyi gila kelas.
4 Al-Khindi a.k.a. 4 AKD a.k.a problematic class.
Hurmm. Jauhkanlah.
Standard kelas terasing.
Yang agak dhaif keadaannya.
Al-maklum. Kelas aliran teknikal memang selalu dipulaukan.
Racism.
Pasaipa racist?
Kau tau, bebudak sc stream dapat meja baru.
Rak yang sempurna lagi.
Kelas aku?
Rak yang dah nak roboh.
Meja yang dah beranai-anai.
Sobssss. Sadis jiddan.
Tapi kitorang leklek je.
Dengan 9 lelaki dan 7 perempuan.
Tak ke syurga namanya.
Even rak dah nak roboh, tapi sorang bolah dapat 2,3 rak.
Even meja berana-anai, tapi skirting kelas kitorang paling cun, semad dan lawo.
Ada alip yang feelingless.
Ada shafiq yang macam pharaoh.
Ada haikal yang ermm idk how to describe him.
Ada mon yang suka buat muka.
Ada farez yang 24/7 mintak kaki.
Ada zaki yang lol.
Ada syuk yang lako lako sikit.
Ada hazim yang erh aku menyampah ok.
Ada zaid yang berserban a.k.a. percussionist.
Ada jeng yang asyik kena nganjeng.
Ada nani yang terror met.
Ada eqin yang lawok.
Ada dinie yang sengal.
Ada sab yang gila.
Ada lisa yang kuat tido.
Naaaah. I do celebrate 2014 with a great smile yaw!
No title
Datanglah semangat baru.
Semangat yang berkobar-kobar.
Semangat untuk aku makan dengan lebih banyak -.-
So, this the end of cuti sekolah.
Cuti sekolah yang tak berapa nak rasa cutinya.
Sebab aku asyik jalan jalan cari makan.
Ye jalan jalan yang tiada kesudahan.
Kolumpo macam dah jadi tempat birak kincin.
Hampir setiap minggu cuti sekolah pergi kolumpo.
Dah takde rasa seronok bila pergi.
Sebab kebosanan mengiringi. Eh
Ke penang kita pergi.
Kedai mamak kita mintak nasik beriani.
Duduk kat hotel gurney.
Dan aku dapat rasa angin tepi laut penang sampai la ni.
Semoga kenangan takkan pergi meninggalkan diri. Lol.
2014. Tahun baru. Nama sekolah baru. Cikgu baru.
Crush baru. Baru? -,-
Harapnya yang baik baik sahaja.
Selamat tinggal semua!
Aku harap, itu yang terbaik
OK. Aina baru tegur. Blog aku berdaki.
Jadi aku merajinkan diri, di malam hari, sambil result PMR aku menanti.
Eh.
So, ini kalilah cuti sekolah yang dah ;ama datang. Dan nak pergi semula.
Ini kali cuti sekolah, macam tak cuti.
Dah 3 4 kali turun naik KL. Boleh patah kaki gamaknya.
Tapi, ini kali cuti sekolah aku macam ter-seronok obedos.
Serious.
Next. Tadi amik result pmr.
Tangan aku obies gila sejuknya.
Melampau betul.
Cikgu Sharifah gelakkan aku kot.
Alhamdulillah :D
Aku harap,
kejayaan kat pmr permanent untuk di dunia dan akhirat.
Terima kasih cikgu-cikgu.
Terima kasih ayah ibu
Terima kasih kawan kurus, gemok, pendek, tinggi, dsb
Terima kasih semua.
Harapnya tahun depan aku tak terlalu seronok meraikan kejayaan
Takut spm aku terbabas.
Sebab nothing lasts forever.
Oh yeah.
Sabtu ni nak pergi Penang.
Selamat bercuti !
*Kemon Penang Gateway !
Jangan ganggu holiday gua :D
Hilarious Moment
Biasa lahh. F3, F5 kena tinggal kat arama. Struggling for 9 and 11A+.
Then, we enjoy every night we have been through together.
Yet, we enjoy it. Much.
This is sisters of 98's.
And ya. That night was ours.
Without others who keep bothering us.
The hilarious moment when we were getting crazy at Dataran Jihad.
To chase after the camera. Lol.
But, it relieve us.
Even only for a few moments.
And, we hope that it will be forever.
Don't get all the mushy ok.
Sebab pagi tadi berasap dengan Jeek sampai pukul 4. Boleh tahajud ni weyh.
Farraaaaaaah :'(
Heyyyaaaa ! Asal ?
Balik hostel. Wuu
Asal kau yg sedih pulokk.
Suppose tu aku yg kena sedih kot
OK fara k
Bknnya aku duduk kat hostel sampai tk balik rumah
2minggu skali kan balik
Yeeeee
Kbai
Byeeee
Doakan aku sihat2 je ok :D
- 20minit kemudian -
Nnti balik, check fon
Aku paling byk missed call
Dahh jgn rep lg :'(
Envyy >:(
Kfine
Hostel-ian, Selamat kembali ke aseghama ^^"
Vapour, Rokok, Shisha
Ini rokok cara sihat dan selamat -_______-
Mula-mula, test sikit je. Pastu, try satu batang. Then, gian, ketagih dsb.
Kisah rokok dan remaja yang baru nak naik.
Jangan terkejut kalau ada student yang bawak vapour pegi sekolah. Habiskan time rehat.
Zaman dah berubah. Dunia dah maju. Tak mustahil semua ni.
Sebab zaman sekarang dah tak ramai yang pakai ni;

Pada aku, yang lama lagi selamat kot :3
Ini shisha.
Cara guna; bakar magnet/arang, pastu letak kat atas muncung dia. Then, hisap lah kau sesuka hati.
Agak tak nak mati cepat, baca dulu bismillah ^^
Shisha berperisha. Shebab tu ramai yang shuka.
Serious talk rasa strawberry boleh buat gian habis.
Tahun lepas ada yang tanya kat aku;
"Eh Farrah, shisha ada banyak perisa kan?"
"Ha ah. Asal?"
"Pernah hisap ehh?"
Aku teros sambung buat homework yang menimbun.
Tak lama lepas tu ada yang tanya;
"Weyh shisha ada yang rasa kopi kan?"
Respon aku just, pffft. Memey budak laki taktau rasa shisha =.=
Kalau nak sangat rasa shisha tu, kat mamak ada.
Tu pon kalau korang tak geli ntah bekas sape yang hisap.
Moral of the story;
Janganlah nak ber-vapour, rokok, shisha bagai. Tak sihat.
Say no to asap yang tak sihat.
.jpg)
Senior IM aku. Aww !
- Eh aku chat dgn senior - *Muka bangga
- Aku adik angkat dia biase je - *Muka riak
- Aku lah adik dia - *Muka nak cari gadoh
- Tau. Tapi, aku yg chat dgn dia dulu - *Muka tk puas hati
- Eh, dia offer aku dulu laa. Baru kau - *Muka 'minah ni kang'
Eh korang percaya ke citer ni?
Ohh jangan. Dan tak harus.
Ini post perli namanya.
Aku pon terpikir jgk.
Ade ke senior yg cari junior.
Arr. Entahlah.
Taktau lak kalau betol kan.
Tak usahlah berangkat-angkat.
Payah.
Stalk dr jauh mcm aku ni dah cukup.
Hahaa. Peace (Y)
Tolong percaya aku buat begini -,-
Dan, err takde pape lahh.
Rahsia 'teh tarik'
Motif : Ini post perli. Tu motif :DD
Bengang Gilos
Assalamualaikum :D
The holidays begin. Puas jalan Penang. Dengan kakak-kakak cantik & 'abang-abang' hensem (PALLENG).
'abg Gendut haiqal, abg Hensem aiman, abg Hot asyraf'
Palleng.
'abg Senget afiq'
*tgn ke bahu mata ke langit*
kakak Cantik aqilah
kaka Joges fatihah
kakak Cinos fida
kakak Ariff janna
This is the family. F1mmg memupuk kasih dan sayang.
----------------------------------------
Niat sebenar bkn nak citer pasal F1 pongg. Nak citer sbb haritu ade budak hantar message kat FB. Dan dia citer apa yg terbuku dlm hati dia selama ni. Ohh My Goshh. Ini mmg klimaks. Sbb org tu baik tau tak. Message dia gini hahh.
Byk dia citer. Respon aku, sentap dalam. Serious. Tak pernah tau tak org bg message mcm ni. Org ni siap ckp yg dia buat Solat Sunat Taubat tiap-tiap hari sbb nak jauhkan perasaan tuh. Ohh Maii. Mcm mne ek nak ckp. Tangg dia tegor akhlak tu pon aku sentak jugak. Ye laa akuu ni pon mcm mengong-mengong sikit. Almaklumlaa senget masuk air. Hihii. Pastu dia ckp kalau nak ngadu jgn ngadu kat sesape kecuali Allah. Allahuakbar. Ngucap panjang aku bila habis baca message dia. Nak lg best, sampai skrg aku tak reply sbb aku tak tau nak reply apa. Serious aku malu separuh mati nak reply message budak ni.
Tu je nak citer sebenarnya.
Bukan nak ngadu, cuma share-II je.
Lots of love ;
Seksaan Teringan
Rasulullah S.A.W. bersabda :
" Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada Hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya."
- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim -
* muhasabah diri *
Kita semua anak IBU/MAK/MAMA/MUMMY/UMI :DD
Assalamualaikum
Ok fine.
Ni ibu.
Cikgu Faridah yang taikun separuh nyawa.
- niat sebenar bukan nak publish org atas pon -
------------------------------------------
Siapa berani kata ibu dia dah tak syg dia, dasar mengong
Semua ibu syg ank dia tau tak
Sebab tu Allah bg something 'special' kat ibu
" Badan manusia hanya mampu menahan kesakitan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. "
Sekarang, cuba imagine kesakitan yang ibu-ibu rasa time nak kasik kita keluar

What the big ! Subhanallah
Bayangkan 9bulan 10hari ibu bawak kita
Tingtingtinggg
Conclusionnya ;
Kita wajib bersyukur atas nikmat kurniaan yang Allah beri
Ini menunjukkan Allah bersifat Maha Pemurah;
dengan mengurniakan kita ibu yang penyayang.
:DD
:: Moms know the best for their babies ::
Sultan Johor
Salam tengah hari :D
Nak cerita pasal Sultan Johor
Sultan Ibrahim
Kalau cerita pasal dia, mesti semua org ingat yang pasal nombor plat WWW1 tu kan. Tapi, apa yang diorang tahu ? Diorang cuma tahu Sultan pakai duit rakyat. Ewahh. Mulut takda road tax betol. Ingat Sultan Johor ni takde duit. Kenderaan dia sangat banyak. Sampai ada garaj sendiri. Tapi, aku tak larat nak copypaste semua. Cukuplah tengok kete Tuanku yang ni.
Yang ni paling latest dlm garaj Tuanku. Bugatti Veyron. One of the fastest road legal car.
With 1001 Horse Power. And others modern technologies.
Majoriti kereta Tuanku pon tempat duduk pemandu sebelah kiri. Dan untuk makluman, semua kereta ni Tuanku beli and drive sendiri. Apa barang suruh driver baak. Kalau ada konvoi pon mesti Tuanku, tak pun anaknya.
Kereta, Tuanku drive. Motor besar, Tuanku tunggang. Helikopter, Tuanku pilot. Personal jet pon Tuanku. Kapal laut ? Ada kat Jeti Tanjung Puteri tu. Amacam ? Serba boleh kan. Ouh. Tuanku jugak ada lesen keretapi. Tau-II nanti Tuanku beli set lokomotif bwk pi jalan-II. Cool kan Sultan negeri gua. Wohoo..
Yang ckp Tuanku pakai duit rakyat, toksah lah sebar cerita lagi. Royal family negeri Johor rapat dengan British beratus tahun lamanya. Bisnes dah lama established. Setahu aku, Almarhum Sultan Iskandar dulu tak ambil 1sen pon elaun jd agong 5tahun dulu. Duit income royale family dah cukup banyak. Siap bangun beberapa yayasan lagi.
Nak tau plat WWW1 Tuanku letak mana ?
Proton Neo Symphony
Jangan hang kutuk. Sebab selalunya kereta ni sebagai kereta tumpang sahaja.
Daulat Tuanku !
Kenapa LUPA ?
Assalamualaikum, dunia nan fana
----------------------------------------
Ni nak habaq sikit
Time England vs Ukraine
Semua maklum 1-0 kan
Sepatutnya 1-1
Keller, yg jaga padang time tuh tak mengesahkan gol Ukraine
Sebab dia tak perasan
Bila tengok video tuh balik, baru dia perasan
Dan dia berasa sangat kecewa
Penyokong Ukraine, maafkanlah beliau ye
Setiap manusia melakukan kesilapan
---------------------------------------
Yang atas tu selingan + cerita betol
Hari yang berbahagia ni nak cerita
Kenapa LUPA ?
Semua orang selalu LUPA
Dan selalunya LUPA itu dtg dari punca yang sama
Kenapa mudah LUPA ?
- mempunyai sikap sambil lewa
- tak berminat terhadap sesuatu subjek
- tak 'pay attention' ketika cikgu mengajar
- tak ulangkaji subjek secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah LUPA
- Mengabaikan solat 5 waktu
- Makan makanan yang shubhah status halalnya
- Munkir janji
- Berbohong
Cara untuk atasi masalah LUPA
- Janggan tinggal solat 5 waktu
- Perbanyakkan solat sunat
- Selalu membaca ayat-ayat suci Al-Quran
- Selalu berdoa kepada Allah
- Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
- Makan makanan yang berkhasiat
Cara agar ingatan lebih kuat dan bertahan lama
- Ulangkaji pelajaran : Tapi jangan sampai over. 24/7 baca buku. Bukan tak boleh cuma tak digalakkan sepanjang waktu belajar. Pastikan kita ada masa untuk berehat dan beriadah. Otak pon memerlukan rehat juga selain badan.
- Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Kalau nota ditulis dgn teks je, mmglah borig. Cuba buat mind map, letak gambar-gambar, gunakan pen warna yang pelbagai, penggunaan tulisan yang menarik dan sebagainya. Yang penting pastikan korang menarik !
- Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran Bahasa Arab, berkawanlah dengan kamus. Hafal sekurang-kurangnya 5 perkataan sehari.
Nak tau tak ? Tidur pada waktu petang juga antara faktor cepat LUPA. Ini adalah kerana waktu petang adalah waktu untuk beriadah, bukan waktu untuk tidor. Waktu tidor yg digalakkan pada waktu petang adalah sebelum Zuhur. Sebabnya agar kita lebih cergas pada waktu malam.
---------------------------------------
Tu cerita pada hari ini.
Kalau ada info lain, nanti share :D


